Monday, July 15, 2013

Buah hati baru : Sugar Glider =)

Assalamualaikum W.B.T and hye semua

Dekat umah Aja , ada sekor anak kesayangan mama dan baba . Nama ia Comel . Si kucing yang penuh dengan sifat garang dan penuh dengan tatasusila . Dulu si Comel sangat manja . Tapi bila dah menginjak ke usia 13tahun ni , Alhamdulillah dah form 1 dah kau Comel hikhik . Ia semakin garang . Menepous barangkali . Dah tiada keinginan ke atas duniawi lagi . Dan anehnya , selama 13tahun Comel di sisi , kini Comel berada di rumah abang . Menetap terus di situ . Tinggal Aja di sini kesepian . Tiada tempat nak mengusik . Sadis . Sampai satu hari , Aja dan mama melawat Comel kat rumah abang . Melihat Comel di situ seperti maharani . Alhamdulillah . 



Bukan pasal Comel yang Aja nak cite . Itu dah sejarah lame hihi . Kat rumah abang ada kucing lain, rabbit,hamster . Dan . Dan . Sugar glider . Ye SG . Kali pertama dan terakhir Aja tengok SG ni masa Aja keje kat Tesco 5 bulan lalu . Dekat Pet Shop . Aja tengok Sugars dekat Pet Shop time tu aktif. Main patung kecik . Gayut2 . Tapi SG abang . Macam tak aktif .

Me : Bang,nape tak letak bag kantung?Sugars mane tido dalam terowong hamster ni.
Abang : Dia memang macam tu.

Then balik rumah . Terus google pasal SG ni . Apa yang Aja baca, SG ni makhluk that supposed to be friendly , pampered . Kena selalu belai . Tapi SG abang macam lonely sangat . Kesian . Abang pulak tggal sorang . Keje lagi . Malam tu terus terbayang-bayang SG abang . Aja sms abang .

Me : Bang, nak bela SG tu.
Abang : Amik la.

Isnin lepas Aja pergi rumah abang . Aja nekad nak bela SG tu . Aja bawak balik gune sangkar abang yg tak gune lagi . Well , Aja ingat bela SG ni senang . Memang senang , tapi bila ia dah manje ngan kita . Dah bonding . At first Aja nak namakan ia Mimi Makarino . Kembar kepada bear Aja Mimi Makaroni . Tapi tak sesuai . At last Aja panggil ia Sugars je . Tapi dalam sebutan ' Syugars' :)



Malam pertama Aja dengan Syugars, tak seindah yg disangka . Lalu sebelah sangkar pun ia crabbing . Garang sangat . Aja tak berani sangat nak pegang . Apatah lagi amik . Kalau nak letak makanan pun Aja balut tangan dengan kain 2 3 layer huhu :') Sedih sgt .. Aja betul-betul nak manja dengan Syugars . Bila pikir balik sangkar Syugars masa tu kecik sangat untuk ia . Aja cadang nak tukar lain . Bia ia main-main. 

Aja baca blog pasal Suggies ni . Tengok cara nak bonding suggies for newbies macam Aja. Ada macam-macam tips. Kebiasaannya, nak jinak kan suggies yang baby lagi senang dari yang dah matang . Syugars dah besar sangat T.T Aja risau . Ia memang takkan nak ngan Aja . Pegang pun takut. Aja penah kene geget dengan Syugars . Darah sikit T.T . Tu pun da balut dengan kain . Malam-malam Aja try spent time ngan Syugars . Main-main dari luar bakul je . Baru Aja tawu Syugars suka main dgn tisu :) Bila Syugars tido , Aja try belai ia dgn kain . Still crabbing . Tapi bila ia betul-betul mamai, Aja belai dengan happy nya :D . Tapi dalam blog suggies suggestkan , biar belai dengan tangan , biar Syugars bau Aja . But still takut :')



Satu malam , dalam pukul 11 . Abang Aja lagi sorang ni call . Ajak Aja pergi downtown . Beli sangkar baru tuk Syugars :D Happy sangat ! Dekat sana tuh Aja tengok banyak sangat joeys ( baby suggies ) untuk dijual . Boleh tahan mahal jugak . Joeys saja RM150 . Tapi Aja tak sure Syugars dibeli oleh abang masa baby ke atau memang dah matang . Kalau abang beli time baby . Mesty lagi susah nak manjakan T.T . Sebab dah lama ia tak dibelai . At last !! Syugars dapat sangkar baru :D Terima kasih kepada abang kesayangan sebab sudi belikan sangkar untuk Syugars Aja =) Seminggu ni je dah 3 kali berpindah-randah heeee . Untukmu Syugars hihi :')

Apa yang Aja perasan , Syugars jenis yang kena suap baru nak makan . Dulu Aja suap dari luar sangkar. Tapi sejak 3 hari lepas , Aja suap guna tangan :) Masa tu happy sangat . Sebab Syugars dah tak crabbing bila nampak tangan Aja . Lagipun brader dekat downtown yg cakap . Beranikan diri nak pegang . Aja ada tanya Suggies geget sakit ke . Brader tuh cakap kalau yang dah matang tu memang sakit la . Heee time tuh nafas macam tersekat ececeh heee :D Tapi , brader tu ada cakap, geget jinak dgn garang memang lain .



Syugars ni penakut sangat-sangat . Abang ipar Aja ada buka dekat rumah . Dia try pegang . Memang crabbing habis and sampai Syugars terkencing heee . Tapi Aja tak marah . Biasa lah . Budak comel =) Sekarang . Dah seminggu . Syugars dah okay dengan Aja . Dah boleh amik . Belai . Tidur kat tangan Aja =) Ade sorang pakar jinak suggies ni cakap . Kalau kita betul-betul ikhlas sayangkan Suggies kita , in shaa Allah lagi senang nak bonding =)


Masa ni Syugars dalam bakul tu lagi . Masa ni baru lepas suap epal :) Dan tidor pun polok epal hehe 


Masa ni Aja tak berani pegang lagi . Suap dari dalam umah Syugars je :D 


Improvement :) Tapi ni Syugars bukan tidow . Tapi telangkup muka je . Sebab ia takut . Tapi okay la kan , at least Syugars dah tak geget Aja :)


And semalam . Syugars dah start tidow kat Aja :') 


Dan tadi . Kami tido same-same :) 

Semalam Aja kejut Syugars bangun . Nak suap makan . 

Me : Anak ummi bangun meh makan . Ummi ada air ribena dengan epal .

Tibe-tibe rasa lawak pulak hehehe ;) Bak kata orang , ' Bila ada anak , kita akan terasa muda . Ianya betul !! '  Heeeee .

Selamat Ulang tahun yang ke seminggu Syugars :) 
p/s : annoying tak aku hehe .

Thanks for reading .










2 comments:

  1. wahhhh... bestnya... sy dah lama terigin nak bela SG ni tapi mahal plak xmanpu lg nk beli...huhuhu

    ReplyDelete
  2. saya ada buat give away.. nk join or sponsor.. http://gengentry.blogspot.com/2013/09/nak-cari-sponsor-ga-ada-x.html

    ReplyDelete