Friday, June 28, 2013

Nak berat badan Ideal ?

Assalamualaikum W.B.T and hye semua



Hihi. Siapa sangka aku mampu update entry yg ke-2 untuk bulan ni kekeke . Yelah, mahu tak bosannye duduk umah cuti sem ni tanpa berbuat apa-apa kan. First time ni dalam rekod setiap cuti sem aku tidak bekerja. What to-do . Baba tak bagi :') Well. Anak-anak yang baik adalah anak-anak yang mendengar kata mihmihmih. Ameeen . Tapi still jugak aku msj dengan ex bos dekat Jusco dulu eehhehe. Anak bongsu memang degil eh ? (^_-)

So duduk umah ni benda paling gerun muncul dalam kepala aku adalah bab kerakusan makan tanpa henti di rumah. Nak nak bila mak kita pulak yg masak kan. Yelah kat UTM kalau tak makanan mak cik kefe mesti aku bancuh nestum atau milo dgn muka seposen . Bajet ingat kat masakan mak :') Eh kejap,mama suh masak nasik .

---------------------------------------------------------------------------------------

Okay, sambung :D . Tadi dah makan dah buat kali ke-3 harini . Masak nasi untuk abang kesayangan yang balik kerja kejap lagi . Dia selalu kebuluq malam-malam haha . Padahal aku yang habiskan nasi seperiuk belanga hiukhiukhiuk. Jadi raksasa nasik dah sejak cuti ni . So apa yang ingin aku kongsikan adalah , macam mana kita semua boleh mendapatkan berat badan ideal . Yeahh!! :D

1. Menambah karbo selepas bersenam

Well, kita semua mmg memerlukan kalori yang cukup everyday. Jadi, selepas kita bersenam (tak kire lah kita jogging ke main tali skipping ke . Ada member aku menari SNSD dalam bilik untuk sesi senaman dia agagaaga :D ) Asalkan korang kuarkan peluh, korang wajib makan sikit at least roti gardenia tu . Sebab time ni otot memang tengah lemah . Memang ah best lepas bersenam rase macam huiyoo rampingnya pinggang iolls hikhik dan rase mcm sygnye kalau nak makan kan . Ohh please buang jauh-jauh perasaan itu :D Sayangi badan kite okay ;)



2. Jangan tidur ketika lapar

Aku tawu ramai suke buat ni hikhihkhik . Sebab dah kebiasaannya kalau aku pun tgh kriokk3 dekat kolej tu , pastu perasaan malas menyelubungi . Aku akan baring sambil baca novel and tup tup terlelap dah . Dengan harapan aku boleh mimpi makan sedap-sedap dekat istana raja disamping Channing Tatum tuh hihihi dan bangun dengan perut yang kenyang . Ahh itu sume karut hahaha . Kalau waktu malam , kita yg student ni rasa lapar ke tapi dah malam sangat , kita boleh pilih makanan dari sumber protein macam susu rendah lemak :D Ala Dutch Lady ade Yogurt ade . Macam aku yang mmg hantu susu ni xde masalah la hihihih . Xnak pure susu boleh pilih perisa lain :) 


Jangan tiru gaya ini hihi




3. Lengkapkan dengan protein

Protein ni adalah nutrien terpenting dalam plan diet kita tawu . Ia boleh tolong kita untuk kurangkan rasa lapar,kawal selera and paling penting ia akan memastikan otot-otot kita mendapat bekalan yang sepenuhnya :D Protein paling bagus untuk badan kita ialah dari sumber semula jadi macam ayam , ikan . Burger dan hotdog tu adalah sumber protein yang sangat tidak bagus hihi . Tapi sekali sekala boleh la hohoho buat hilang kempunan ;) 


Ni lah penyumbang utama kegemukan wohooa



4. Lebihkan pengambilan serat

Serat jugak nutrien yang penting dalam usaha mengurangkan berat badan . Serat ni ia banyak membantu untuk menyihatkan badan dan paling penting ia akan buat kita rasa kenyang mihihihi . At least kita kena amik 5 gram serat untuk setiap hidangan yang kita makan . Kita boleh amik sayur , buah dan gandum penuh . Peminat-peminat kokokrunch mesty gembira ni hehehe :D





5. Kawal pengambilan minuman

Kurangkan minuman manis sebab kalori yang ada melalui minuman bergula tu boleh membuatkan berat badan kita bertambah ! Kita mesti,harus, wajib menggantikannya dengan air masak hihi . Tapi kalau kita ni mmg minat sangat dengan air manis-manis ni , kita boleh kurangkan pengambilan kalori dalam makanan kita :) Kire mcm kasi balance la kan . 




6. Makanlah lebih produk tenusu

Good news untuk peminat tegar susu hiii :D ! Pengambilan produk tenusu secara kerap boleh membantu mempercepatkan pengurangan berat badan ! Tapi kena make sure susu tu rendah lemak :D Kalau tak memang tak jalan jugak hihi .


Serius Nubian Milk ni sangat-sangat la sedap ! :D


Dulu masa aku tingkatan, aku memang bercita-cita nak jadi Dietician :') Sume majalah-majalah kesihatan tentang pemakanan mesti aku usaha jugak nak beli . Aku suka la tengok tips nak kurus, nak jaga badan . Perempuan kan hoho . Tapi sebab kena amik Bio bila masuk form 4 , dan aku pulak bukan boleh nak survive bab-bab menghafal dan paling tragis aku ada perasaan-perasaan tak smpai hati kalau masuk bab-bab nak bedah-bedah ni . Kalau kat Matriks dulu rumate aku tunjuk gambar tikus kene bedah . Sebaik je aku macho x nangis depan dorang hohoho . Memang tak ditakdirkan untuk aku terjebak dalam perubatan ni kan . So here I am . Counting days nak abih degree hihi .

Thanks for reading :)

Salam Ramadhan .

#bukan aku patut update pasal relate dgn mechanical ke -_-

No comments:

Post a Comment