Wednesday, June 12, 2013

UTM International Horse Show '13

                                               Assalamualaikum W.B.T and hye semua . 

Hihi . Nak mula camane pun dah awkward sebab dah lama sgt oke tak update entry baru hiewww :) Alhamdulillah dah habis dah final . Tinggal berdebar tunggu result je . ohaiyoooo o_o . Semoga tiada repeat paper dan semuanya baik-baik sahaja Ameen .



Oh yaaa . 6-9hb Jun yang lalu , UTM telah mengadakan satu pertunjukan kuda . Jadahnye pertunjukan nyaa -_- . Bukan bukan . Nama program tu , ' UTM International Horse Show ' . Dalam program ni ( program ke ? ) event aaa event hihi . Kire nya sume kuda-kuda dari pelusuk dunia datang UTM tahu :D Eksited kemainn iolls hihi . Tapi apakan daya , sebab jadual exam kali ni macam dengki sikit , byk sangat berderet nyee , menyebabkan berlaku kekangan masa untuk ziarah anak-anak kat stable sana . Habisnya final 8hb tu , terus bersiap-siap turun ke stable dan padang kawad untuk tengok kuda-kuda dari luar :D

Sebelum pergi melawat , memang wajib bawak buah tangan iaitu Carrot ;) Sebab kuda-kuda kat sini memang kuat makan walaupun dan kenyang . Alaaa macam kite jugak , walaupun dah kenyang , tapi kalau ada member bawak cekelat ataupun KFC ke kompem kite pun jadi kebuluq jugak hihi . Same la titew same laa mihmih .



Carrot ni , kalau kite suap , memang laju je habis . Boleh katakan satu batang Carrot tu , boleh cukup untuk 4 kali makan je . Tapi kalau dapat kuda jenis yang pelahap dan rakus , satu batang tu boleh jadi 2 kali makan je . Sebab ia tamak haloba dan ngap besaw besaw mulut dia . Tak baik tahu macam tuh . Kesian kawan-kawan sebelah tengok sambil meleleh air liur .

Jadi solutionnya , Aja pun bawak pisau siap-siap masuk dalam kete dan potong Carrot comel comel hehe . Jimat dan dapat banyak ! Jadi sume anak-anak berpeluang makan dgn banyak nye hihi . 



Lagi satu , nak pergi jumpa kuda ni pakaian kena jaga . Selain daripada tertutup auratnya ( kuda pun ade nafsu okeh ) , kalau boleh pakai la tudung dgn kemas . Bermaksud , kalau yang pakai shawl tu , dielakkan buat style yang terbang-terbang hihi . Sebab kuda sangat senang rimas dan ia akan gigit dan tarik kain yang duk terbang terbang macam kain layar tu . Iolss penah kena taw hiukhiukhiuk >_<  Nasib tak tercabut je pin pin . Mahu jadi model tutorial shawl nanti masa tu hihi . Tapiiiiii , masa melawat kali ni , Aja pakai shawl je . Sebab sgt malas nak iron tudung bawal :) Lilit je lilit tetapiii ! Kemas dan tak terbang terbang lagi . Tak mahu sejarah berulang . Tak mahu tak mahu *_*

Aja pergi dengan Cik Tunang . Luangkan masa bersama sebelum Aja balik KL esok :') Dekat stable dah selalu pergi . Dekat stable ni ada kuda UTM je . So Aja pergi padang kawad pulok untuk usha kuda-kuda dari luar .


Ahaaa . NI contoh kuda dekat stable . Ni kuda UTM . Call her Billy hihi . Billy masuk acara Endurance , tapi tak menang . Sokay Billy . Billy tetap cantik eheee :D


Hihi . Ni la pakwe saya . Si cantik manis Syu :) Syu pong tengah bagi kuda-kuda makan . Masa ni dah selamat sampai padang kawad . Tahu tak , kuda-kuda dekat sini sangat lah cantik dan besar dan gedik pun ade jugak . Contoh kuda yang dekat atas ni , mereka takde sikap muafakat sikit . Kalau si A dapat carrot , si B pun nak jugak . At last kitorang dapat tengok aksi gondol-gondol kepala ehehe omey jeee :D


Ngaaaa . Contoh pemakaian shawl hihi . Takde kain layar atau terbang-terbang ;) Jadi kuda pun tak berpeluang nak tarik sebab sume dah pin siap-siap hoho :D Nampak tak mulut ia makan ? Comey jee hihi . Seksi taw bibir kalah Angelina Jolie =p


Yang ni nama dia Crispy . kot . Haha . Ia perempuan gigirl . Jadi mungkin suka kot bau-bau Aja haha . Kuda ni macho taw :D Rasa nak peluk je puas-puas , tapi dorang pun banyak ragam . Ada yang jenis rimas , ada yang takde perasaan . Tapi yang teruknya kalau kita dah peluk ia , tawu tawu kat baju da ada air liur -_- . Teruk taw . Patut kena bawak tuala siap-siap . Suka cubit hidung kuda sebab lembut dan besar hihi . Even dah tutup pun still ada ruang untuk ia bernafas hihi .


Hooohaa . Sempat taw ia tido . Penat kot . Crispy ni masuk jumping . And she won ! Berbaloi baloi datang dari Penang ke JB kan :) Goodjob Crispy ! Rasa tak puas nak tengok suma tapi masa ni dah nak Maghrib . Jadi cepat cepat je jengah sume kuda hoho .

In shaa Allah , kalau UTM buat lagi UTM IHS ni , mungkin banyak lagi masa yang boleh diluangkan dengan dorang ni . Comel sangat :) Sekarang pun dah pagi . Pagi ni jam 8.00 in shaa Allah balik KL . May Allah ease amin :) Rindu sangat mama baba . Skudai , kita jumpa lagi . Bye bye second year . Thanks for everything :)


See you soon .
Thanks for reading .

# macam bosan sikit -_-






No comments:

Post a Comment