Sunday, May 5, 2013

Luahan rasa seorang rakyat : PRU13

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum W.B.T and hye semua . Semalam merupakan hari yang paling buat dada aku berkocak-kocak . Menanti penuh debaran keputusan yang bakal mencorak masa depan negara . Ye masa depan negara . Sesungguhnya Allah lebih mengetahui . Agak dahsyat jugak bila wall post kat Home FB aku penuh dengan status bercorak politik . Itulah beza PRU12 dan PRU13 . Sekarang semua di hujung jari . Bukan nak kata dulu takdak tenet . Cuma sejak kebelakangan ni kan medium sosial dah menjadi macam satu fenomena . Twitter , Facebook , Blog , Instagram . ( Aik instagram pun terbabit jugak ? Tu bukan gambar-gambar je ke ? ) Haha . Ambil gambar semasa pergi mengundi , amik gambar jari untuk menunjukkan sama ada dakwat tersebut kekal ataupun tak . Then upload . Tu kan sume bercorak politik tu :) Aku takde Instagram . Jadi xde pengalaman mengupload gambar di disitu . Mungkin selepas ni akan ada . Siapa tahu ? :)

Berbeza betul PRU12 dan PRU13 . Medium FB ni aku tengok memainkan peranan yang amat penting kot semasa PRU ni . Dulu guna fesbuk jugak ke ? Aku pun tak pasti . Sebab aku ada fesbuk pun time Matriks dulu (2010) . Kadang-kadang aku jadi risau bila baca status-status pengguna kat fesbuk . Saling memaki hamun , tuduh sana tuduh sini . Yang sokong Parti sana kata Parti sini penipu rakyat . Yang sokong Parti sini kata Parti sana propaganda lebih . Dah macam . Perang alam maya . Sumpah sedih . Disebabkan berbeza fahaman politik , boleh berpecah belah tali persaudaraan . Yang itu kata dorang betul , yang ini kata dorang betul . Ohh come on . Semua orang ada hak memilih . Nape perlu nak pertikaikan hak masing-masing ? Kenapa nak cakap parti yang dorang sokong tu salah ? Do you know everything ? 

Keputusan dah ditetapkan bahawa Barisan Nasional menang dan terus mentadbir kerajaan Malaysia . Keputusan boleh tengok SINI . Tahniah BN . Semoga terus mentadbir negara dengan adil dan saksama . Tahniah . Macai ? Korang nak kata aku macai ? Ohh sebab aku ucap tahniah kat BN nak declare aku as macai BN ? 

"...boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

(Al-Baqarah: 216)

Aku tak boleh mengundi lagi . In shaa Allah lagi 5 tahun . Jika dipanjangkan usia . Ameen . Menang ke kalah ke sume dah ditetapkan . Yang menang ada hikmahnya . Yang kalah ada hikmahnya . Yang paling gerun dan dahsyat aku baca status seorang brother ni , dia cakap lebih kurang gini , 
' Tahniah BN kerana terus mentadbir . Teruskan memerintah dengan Kesyaitananmu ' . Astaghfirullahalazim . Sampai macam tu sekali as a Muslim , sama-sama Muslim , nak cakap another Muslim tuh Syaitan ? Kita sapa bro nak tentukan baik buruk orang . Kalau nampak sekalipun kesalahan seseorang tu terang-terangan depan mata , kita doakan lah agar dia sedar , berubah , insaf . Biar Allah yang menilai dan membalasnya . Korang dah usaha berkempen , berpenat lelah , berjaga dari pagi ke malam , tinggal anak bini kat rumah , semata-mata menyokong usaha parti korang agar meraih kemenangan , tapi dah ditakdirkan , takde rezeki untuk menang . 




Mungkin ada hikmahnya . Yang aku risau sekarang ni , dah mula status-status terpampang berkaitan nak tuntut keadilan , nak buat revolusi macam kat Syria , Mesir . Bersih 4.0 . Ya Allah , tak sanggup dah aku nak tengok Malaysia dilanda rusuhan lagi . Buat perhimpunan sana sini , bawak anak kecil , trafik jam , pelancong tengok pun gerun dengan keadaan Malaysia . Ni apa yang aku perhatikan masa Bersih 3.0 . Tapi itu tak salah pun , sebab Malaysia memang benarkan perhimpunan jalanan secara aman . Tapi kesannya ? Kenapa tak kita bersatu padu . Walau siapa pun yang memerintah , kenapa kita tak boleh nak menerima dengan hati terbuka . Politik kotor ? Blackout ? Dakwat tak kekal ? Look , kita ada bukti ke benda tu sahih ? Andaian pihak-pihak bila tak berpuas hati dengan keputusan . Kalau benda tu tak betul , sanggup kita nak menanggung dosa fitnah ? I'm not a good person , but as Malaysian , I do have my own opinion . Dan kalau betul lah benda tu benar-benar terjadi , dan mereka menang untuk memerintah pun sebab politik kotor , biar Allah yang tentukan . As a Muslim , kita ada doa sebagai senjata . 



 Negeri di bawah BN:

1) Kedah (pr menang kiraan pertama)
2) Terengganu (pr menang kiraan pertama)
3) Pahang
4) Johor
5) Melaka
6) Negeri Sembilan
7) Perak (pr menang kiraan pertama)
 Sabah
9) Sarawak
10) Perlis (pr menang kiraan pertama)

Negeri di bawah PR:

1) Selangor
2) Penang
3) Kelantan



' Katakanlah kalau PR menang PRU-13. Mesti akan kedengaran suara "Itu kuasa Allah. Terima jelah.". Tapi bila BN menang PRU-13,
"Penipu! Tak ada ketelusan! Politik kotor!"

Sahabat, ingin saya katakan bahawa masih ramai silent majority yang melihat dan menilai tanpa mengambil bahagian secara terus
dengan arena politik. Mungkin anda nampak di facebook, komentarnya meriah, sokongannya meriah dan galak. Tapi tak semestinya itu
adalah pandangan di dunia nyata. Sesungguhnya ramai veteran veteran yang memilih untuk memerhati sahaja terutamanya isu isu di
alam maya. Ingatlah, tak semestinya gempak di Facebook bererti gempak di dunia nyata :)

Kalau benar pihak Barisan Nasional menang dengan cara kotor, maka aku yakin Allah akan tunjukkan kebenarannya. Aku yakin dengan
kuasa Allah. Tapi kalau mereka adalah benar, dan segala perkara yang disebar di Internet ini adalah palsu. Maka sesungguhnya Allah
itu Maha Adil.

Allah tuhanmu, dan tuhanku. Allah maha adil :) '


Petikan dari seorang hamba Allah . Korang boleh tengok KAT SINI dan nilai komen-komennya . Aku tak sebelah mana-mana . Aku cuma risau perpaduan rakyat Malaysia terjejas gara-gara isu PRU yang dah selesai pun sejak pagi tadi . Yang membimbangkan aku , bila ada pihak-pihak yang cuba menggunakan kuasa luar untuk campur tangan dalam politik dan kepimpinan di Malaysia .




Nak mintak bantuan Barack Obama ? Kuasa luar Amerika Syarikat ? Please sebarkan SINI . Aku sangat risau bila berlakunya campur tangan kuasa luar . Nak-nak kita tahu tu negara mana dan bagaimana backgroundnya . Sangat risau . Harap-harap benda ni sume takkan berlaku . Ameeen . Sama-sama kita doakan agar Malaysia terus aman dan diberkatiNYA in shaa Allah . Rasanya ni entry yang paling serius aku pernah update . Dari mula menulis sampai habis , muka aku xde sikitpun senyuman . Bukan sedih sebab parti itu kalah , parti ini menang . No . Aku tak sebelah sape-sape . Cuma aku risaukan perpaduan rakyat Malaysia . Aku taknak pergaduhan timbul . Tumpahan darah kerana berbeza fahaman politik . Aku taknak macam tu . Aku nak hidup dalam keadaan di mana kita saling hormat-menghormati , takda pergolakan dan sebagainya . 

Mungkin dengan kemenangan tipis bagi BN , dan kalau betul selama ni dorang ada buat kesalahan pada rakyat , Wallahualam hanya Allah yang tahu , dorang akan sedar dan mula perbaiki kesalahan mereka . Semua manusia buat salah . Semua manusia ada kekurangan . Mana-mana parti pun ada kekurangan dan kelebihan . Cuma kerana ia mendapat liputan atau tidak di media . Sebagai rakyat , kita dah buat yang terbaik , usaha yang terbaik, doa yang terbaik . Kita ada 5 tahun untuk menilai , memberi ruang dan peluang , membaiki kekurangan . Dan jika diberi kesempatan umur dan masa , kita akan mampu memilih lagi . Teruskan berdoa untuk Malaysia . Pilih/sokong UMNO BN , tak semestinya tolak Islam . 

Kalau PAS bergabung dengan BN surely Malaysia akan jadi negara Islam yang berjaya & kuat. Negara luar pun gerun tengok. Menantikan saat itu.

Aku x pandai berpolitik . Zero dalam politik . Maaf andai ada salah silap dalam menilai . Aku manusia biasa . Dan aku sangat sayangkan negara aku . Aku nak kita bersatu . Bukan bergaduh sesama kita . 'Bersatu teguh , bercerai roboh' .

Thanks for reading . Assalamualaikum .




2 comments:

  1. pandangan yang sangat menarik setuju dengan awk... "Kalau PAS bergabung dengan BN surely Malaysia akan jadi negara Islam yang berjaya & kuat. Negara luar pun gerun tengok. Menantikan saat itu." sangat menantikan saat itu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah utamanya, PAS ni ego sangat. Disebabkn permasalahan dulu2, diorg x nk accept UMNO even sggup bekerjesama DAP laknatullah.. Diorg x open minded kot. Tp ape2 pon, Tuan Besar dah plan sume ni, redha je Qada and Qadar.

      Delete