Thursday, September 6, 2012

Cinta Tidak Seharusnya Memiliki



Assalamualaikum w.b.t (^^. ~ Hee emm da lama x update apa2 kan :) Mlm ni tetibe rase mcm nak kongsi satu benda..Tapi apa yg dikongsi ni bukan dari nukilan sendiri,tp Aja sgt minat dan memahami apa yg cuba disampaikan oleh seorg penulis ni dalam artikel beliau..Jadi Aja 'copy&paste' .. Sbb bagi Aja benda ni sgt membantu untuk memberi kekuatan untuk mana2 individu..Untuk diri sendiri pon boleyy hehee (':


CINTA TIDAK SEMESTINYA MEMILIKI


Tergamam seketika di facebook semalam, tepat pukul 1 pagi, ada laaa seorang kawan wanita saya ni yang kenal dengan my ex girlfriend, sudah kasi itu tag sama Bro Razzi di gambar perkahwinan my ex gf tu aduuhhh…
Tertengok gambar dia yang baru saja kahwin, tersenyum bahagia dipimpin suami di jinjang pelaminnya, berderau darah seketika, terhela nafas, mengeluh panjang berkali-kali cuba melegakan dada yang bagai tersumbat mampat!
Sedih? Frust? Remuk di jiwa? Pilu? ALL yes!   … ya mungkin semua tu ada yang Bro Razzi rasakan. Dan dalam hati kecil ku pula berkata, “Errghh, kahwin juga dia akhirnya… bestnya kalau aku yang dapat kahwin dengan dia…emm, sudah takdir… aku dan dia tidak dapat bersama.”
  • – Tidak pernah pun terbayang yang dia boleh mengahwini orang lain sebenarnya, jadi bila melihat dia benar-benar dah kahwin terasa seolah-olah macam tak percaya…
Tapi okaylah, lelaki pilihan dia pun bukan duda, bukan suami orang, bukan tua, tetapi lelaki single yang punya karier, dan hensem pula. Alhamdulillah… semuga ianya berkekalan ke akhir hayat.
  • – Namun, tipulah jika Bro Razzi katakan tak ada rasa apa-apa, atau no hal, atau small matter lah… Jauh di sudut hati, kecewa juga, sedih pun ada… sedikit jeles hehe 
Yang nyata, walaupun kita sudah bahagia di samping yang tercinta… tetapi jika CINTA LAMA itu sebenar-benarnya cinta, sebuah cinta yang sejati, cinta yang abadi… PASTI kita masih terasa di jiwa, masih hangat di sanubari dan kemanisannya tetap diingati.
Tak pelik rasanya jika Razzi masih mengeluh dan menghela nafas panjang semalam setelah melihat gambar bahagia dia bersama suaminya di jinjang pelamin… kerana, cinta ku padanya adalah cinta sejati.
Namun tidak semestinya untuk memiliki, tidak semestinya hanya dia untuk saya, tetapi sekadar menghargai saat itu, memuja keindahan cinta, merasai sesuatu yang hanya kita dapat menggambarkan sayunya sebuah kenikmatan cinta yang tidak kita miliki…
Adakah saya gembira? Sudah tentu, tidak. Tetapi, adakah saya mahu MERATAPINYA? TIDAK SAMA SEKALI! Apa yang sudah lepas tu lepaslah. Saat itu tidak akan kembali lagi… segala-galanya sudah berubah. MASA LAMPAU sudah berlalu,  yang penting hanyalah masa SEKARANG dan MASA DEPAN.
Final note for ‘A’
“Hey babe, I wish you have all the happiness in the world, I doakan insyaAllah you dan dia bahagia kekal abadi. - I may have been mad about you for not giving me a chance anymore to love you before, but I’m glad… if it’s not for you, I’m not gonna be who I’am today… so, Selamat Pengantin Baru! Semuga Allah berkati perkahwinan mu sayang…”

MELEPASKAN DIA PERGI….

Sanggupkah kita melepaskan dia yang kita benar-benar kita cintai? – satu persoalan yang rasanya tidak perlulah ditanya, kerana sudah terang dan nyata jawapannya,TIDAK SANGGUP!
  • Di dalam percintaan, satu perbuatan yang sangat mulia adalah mencintai seseorang itu dengan sepenuh hati dan rela berkorban apa saja demi untuk dia bahagia sepanjang dia menjadi milik kita selamanya.
  • NAMUN, sebenarnya… adalah lebih mulia dan tinggi nilai cinta sekiranya anda dapat melepaskan dia pergi untuk menimba pengalaman di dalam perhubungan baru dengan orang yang boleh memberi cinta yang jauh lebih baik dari kita.
Ianya satu pengorbanan yang teramat besar kerana, melepaskan orang yang kita cinta, sewaktu kita sama-sama masih cinta adalah sesuatu yang amat susah untuk dilakukan…
Perbuatan ini juga menunjukkan yang anda adalah seorang yang tidak pentingkan diri sendiri, kerana, itulah lambang cinta yang sebenarnya cinta! Meletakkan orang yang kita cintai di depan dan dahulu dari hati serta perasaan kita…
  • Sudah tentu seseorang akan menghormati tindakan kita bila kita bersungguh-sungguh cuba untuk memenangi hatinya, memikat dia sehabis-habisan. Akan tetapi, anda akan lebih dihormati ramai jika anda meletakkan kebahagiaan dia terlebih dahulu dari kebahagiaan anda.
Persoalannya sekali lagi, sanggupkah kita membiarkan dia bahagia dengan pilihan hatinya, pilihan yang boleh dikatakan membahagiakannya, sedangkan kita tahu kita juga boleh membahagiakan dirinya? Bagaimana pula perasaan kita? hati dan jiwa yang sudah sekian lama menyintainya?
REALITI SEBENAR
TRUTH IS … bagi Bro Razzi yang pernah melakukannya, ianya amat perit! satu perasaan yang tidak dapat dibayangkan atau digambarkan setelah melalui pengalaman berkorban demi cinta saya itu! Sedih, kecewa, frustrated! YES I DO! But at the same time, rasa bangga kerana ikhlas berkorban demi dia yang saya cintai, rasa puas kerana dia bahagia, malah sampai sekarang pun dia masih menghormati Razzi!
Kalau nak cakap di ketika itu, memanglah jauh di sudut hati, I tahu dia akan lebih bahagia bersama pilihannya. Walaupun dia juga masih sayang I ketika itu, Huhu, but I pun tak nak lepas juga pada mulanya hehe…   tetapi ada perkara-perkara yang kami tidak berapa sesuai untuk bersama, jadi I rasa I better let her go… - You know la kan bila kita selami betul-betul situasi tu, kita dapat rasa memang kita dengan dia tak ada harapan laa..
Tentu sahaja I boleh usahakan dan cuba saling faham memahami dan menyesuaikan diri. BUT, I think she’s better off without me. True enough, sekarang dia sudah bahagia di samping suaminya yang tercinta.
GAGAH DAN BERANI
Mungkin anda akan berkata, “tak nak lah bro, tak mungkin I nak lepaskan dia!” – I faham, mungkin anda tidak mempunyai keberanian atau tidak gagah untuk menghadapinya.
Tetapi percayalah, jika anda sanggup diri terluka, rela hati anda mengecapi kecewa… anda akan dapati diri anda akan menjadi jauh lebih gagah dari biasa dan penuh dengan ketabahan!
  • Hilang orang yang dicintai ini bukan main-main dan bukan calang-calang kesannya. Tetapi itu lah satu perbuatan mulia dari diri kita yang merendah diri menyayanginya… setelah berbagai usaha dilakukan, inilah sahaja yang dapat kita berikan demi kebahagiaan dia yang kita cintai!
Itulah setinggi-tinggi pengorbanan… buat dia yang tersayang. Mungkin hari ini kita kehilangan cinta, melepaskan dia pergi, melepaskan sebuah cinta abadi… namun, sebenarnya kita sedang membina sebuah cinta yang jauh lebih abadi di dalam diri yang hakiki…
Luka yang terhiris di jiwa, mengingatkan mu saat kau kehilangannya… mungkin berzaman, namun ia sembuh jua, parut itu mengingatkan mu sejarah lalu, yang mengajar mu erti cinta yang sebenarnya, dan pabila kau mendirikan rumahtangga, kau akan lebih bahagia!
Semuga anda terus tabah dalam menghadapi cabaran dan dugaan di dalam percintaan, GOOD LUCK…. you need it .

~ THE END ~

(= Senyum sikit para pembaca . Apa yg Aja cuba nak kongsi ni..kdg2 mgkin pernah berlaku di sekeliling kite..Mgkin kawan2 rapat kite penah alami..Takpun mgkin diri sendiri (^^ . Tak pela kan kalau tetibe malam ni Aja jadi mcm Dr Cinta hehe..Eh salah ke nak bagi pendapat sendiri :) Tak kan..kate pun blog saya hohoho =] Kadang2..kalau kita sayangkan seseorg..Kebahagiaan kita sendiri kita letak jd NO 2 ..mmg perit kalau kite terpaksa melepaskan seseorg yg da lama bertakhta dalam hati kite..Ececeh hehe (': Tapi kan..Mgkin ada hikmah semua yg berlaku..Mgkin apa yg kita lalui ni akan bg pengajaran untuk kita jadi lebih baik akan dtg..Be Happy .. Allah will always with you =)

'Bismillahirrahmanirrahim..Ya Allah..Penghulu dan Pemilik segala Cinta..Terima kasih atas Anugerah yg telah Kau pinjamkan seketika untuk diriku dan dia..Andai telah tertulis dalam aturanMu bilamana Cinta ini terpaksa aku lepaskan demi kebahagiaannya..Aku serahkan kembali rasa Cinta ini..Mungkin tiada jodoh kami di dunia..Ku mohon untuk mencintainya di sana nanti..Amin Ya Rabbal Alamin..'

Semoga apa yg Aja kongsi mlm ni dapat memberi satu semangat atau dorongan untuk kawan2 yg memerlukan :) 

p/s : bila kita ada masalah tentang HATI..mintalah petunjuk dariNYA ..Sesungguhnya Allah lebih Mengetahui  

sekadar perkongsian saja. tiada kena mengena sama ada yg masih hidup atau telah pergi . Peace (^^. ~

Love ,
Cik Hajar AJ


No comments:

Post a Comment