Monday, April 8, 2013

Kahwin awal : Halangan Rintangan Harapan

Assalamualaikum W.B.T and hye semua . Selamat bercuti midsem bagi yang sedang bersuka-ria kat rumah . Aja pon . HAHA :D . Nampaknya dah lama jugak tak update blog . Nak kata busy , ehh busyyy.. Hihi . Bila cuti-cuti macam ni, baru lerr ade chance nak update . Kali ni . Pasal kahwin awal . KAHWIN AWAL . ' Kawen ni adalah satu bab yg banyak sangat dramanyaaa' <---- Gaya Mat Luthfi ngehngehngeh .

Sekadar gambar pembuka mata ehehe

1st sekali , Aja tanya pada diri sendiri . Layak ke Aja nak cakap pasal benda ni . Ada pengalaman ke  ? Ada penerangan + huraian + solution ke kalau Aja perdebatkan pasal benda ni ? Aja pun mula berkira-kira , sambil menemukan dua-dua jari telunjuk kiri dan kanan ala-ala budak hingusan tidak bersalah . Tapi yang pasti , Aja ada pendapat yang tersendiri . Yang Aja harap dapat share kat sini , dan mendapat feedback ataupun komen-komen ataupun kritikan ataupun nasihat dan jua kata-kata azimat di akhir entry nanti . Kahwin awal . Saya setuju ke ? Jawapannya . MESTILAH SETUJU OKAY REALLY AGREED SO BADLYYY T_________T

Nak ikutkan, ramai je kawan-kawan yang sebaya dan seusia dengan Aja dah pun kawin awal . Blogger-blogger pun ada yang dah menjadi isteri orang . Macam yang korang tawu Irine , Dena , kawan-kawan aku pun ada macam dorang ni haa  Asyura , Nadia , Amir & Siraj , Cuna , Nik , Hajar ( ahaa ini bukan aku hihi , tapi in shaa Allah 1 hari nanti ) . Haa ramai lah lagi . Tahniah sangat-sangat kat korang sume T__T . Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat Ameeen Ya Rabb . 


Barakallah :)


Kahwin awal ni , banyak halangan rintangan nya kan . Contoh yang paling banyak adalah halangan dari ibu ayah , kewangan , diri sendiri pun ada jugak . Kalau pasal duit , kadang-kadang ramai sangat yang sanggup tunggu bertahun-tahun semata-mata nak kumpul duit kahwin . Sedangkan Rasulullah S.A.W pernah bersabda :

Rasulullah s.a.w., dalam hadis itu, bersabda, “Sesungguhnya termasuk keberuntungan perempuan adalah mudah lamarannya, ringan mas kahwinnya, dan subur rahimnya.” (HR Ahmad).

Jangan risau , bila kita kahwin untuk mendapat keredhaan Allah , in shaa Allah rezeki selepas kahwin akan melimpah ruah untuk pasangan yamg berkahwin tersebut . 


Mak :   Mak nak kau kahwin kat dewan , ajak ramai-ramai . Kita buat grand-grand , 
            cenderahati tu   kalau boleh bagi yang kat IKEA tu , mak taknak Mydin punya .
Anak : Mak... Kan lagi elok kalau kita buat sederhana je . Ikut sunnah . Buat yang wajib je.
            Tak gitu Makku tersayang .
Mak :   Apa diaaaa ??

Okay , ni contoh je . Amboi pandai Iolls tulis skrip mak ngan anak kihkihkih . Kalau buat video ni mahu terjojol biji mata tengok lakonan sendiri hikhikhik . So back to our discussion . Yelah kan , kadang-kadang benda boleh dipermudahkan . Tapi disebabkan terlalu mengikut percaturan adat dan trend masa kini , benda yang sepatutnya boleh dipermudahkan pun boleh jadi susah . Aja percaya yang wanita zaman sekarang ni taklah demand sangat ( kot lah ) , asalkan ada nikah , makan-makan , gambar sikit-sikit buat kenangan , bukak-bukak hadiah , ok settle . Tapi kan bagi Aja jugak , tak salah kalau kita ada duit lebih sikit ke , nak ajak sedara mara sahabat handai ramai-ramai sikit , yelah kita kahwin ni sekali je kan seumur hidup . Tapi asalkan janganlah sampai ada perasaan riak+takbur = bongkak dengan kemewahan wedding tersebut . Haa kalau memang ada duit lebih sikit , ajak lah anak-anak yatim ke , orang-orang tua ke . Kita bersedekah . In shaa Allah doa mereka mengiringi :)

Lagi satu , pasal halangan yang datang dari diri sendiri . Bak kata pepatah , perasaan suka akan seseorang tu kan fitrah . Mana boleh tahan-tahan ' Lek lu hatiku jangan suka dia jangan . Jangannnnn!! ' Haaa tak mahu tak mahu begini . Kalau dah suka , cuba risik . Tanya kawan-kawan terdekat si dia , dah berpunya ke belum . still available ke . Kalau belum , everything clean and clear, haa masuk lah meminang . ' Kau giler ape aku ni dahla mat rempit pakai moto ex5 , solat tah ke mana puasa tah di mana , belajaq pun ke laut . Takkan nak kahwin dah kot ? ' ' Tak nak ah , aku ni freehair , baju t-shirt pun adik aku punya , tak kan nak terima dia kot ? '
So end up macam ni lah . Blame diri sendiri . Sedangkan kita tahu , 

' Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu melainkan dirinya sendiri yang mengubahnya ' 

Jadi , kita tepuk tampar dada kita balik . Bila lagi kita nak berubah kan ? Mungkin perkara ni ( nak kahwin punya pasal ) , merupakan signal supaya kita mula berubah :) Allah tak judge kita pada masa lampau , tapi Allah sangat sukakan hambaNya yang berusaha berubah ke arah kebaikan (bertaubat) . Don't worry be happy , slow-slow berubah :) Niat yang baik , in shaa Allah Dia tolong dan permudahkan (^_^)



Ayah dan Ibu . Mama dan papa . Mummy and Daddy . Ummi wa Abbi . Ni kesayangan kita . Manusia yang paling banyak berjasa dan berkorban untuk kita . Setelah sekian lama kita menjadi anak kesayangan mereka , sampai lah satu hari hati kita diketuk oleh seseorang yang berniat nak menjadi pasangan hidup kita . Kita yang sedia maklum , kahwin awal ni sangatlah bagus , dapat elak maksiat , murah rezeki lepas kahwin , kalau yang masih belajar tu kot-kot pregnant , tak ke cerdik bijaksana anak dalam kandungan tu bila tiap-tiap hari kita dok menelaah ilmu . Dah tu nak pergi mana-mana pun rasa selamat je , semua bende jadi halal . Bila dah halal , pahala pun masuk. Dah boleh jana side income bila kita bersama dengan suami/isteri kita . 

Tapi , ni suma mindset kita . Macam mana pulak dengan mak ayah kita kan ? 


Mak :  Mak nak sangat tengok kau berjaya dik . Menggenggam erat segulung ijazah , kerja   
           bagus . Bawak mak abah ni ha pergi melancong . Pastu kau nak kawin pun kawin la .  
           Mak redha dik .

Sebagai anak , apa yang kita nak jawab kalau statement seorang ibu/ayah macam ni ? Adakah kita akan membuat slide show mengenai kebaikan-kebaikan berkahwin awal ? Membentangkan artikel tentang manfaat-manfaat jika berkahwin awal ? Duk letak buku-buku motivasi tentang kahwin awal dekat dapur gas agar mak akan terpandang dan membacanya ? 
Ehhh boleh cubaa :D Mana tahuu mereka tertarik dan dapat memberi feedback yang kita harapkan kan ? Kalau gitu memang lompat bintang 10x lah kan . Alhamdulillah . Tapiii , kalau mereka still pujuk kita untuk habiskan belajar dulu ?


Mak : Ye mak abah paham .. Memang bagus kawen awal , tapi adik kan anak bongsu kami 
          / anak tunggal kami / anak feveret kami , study la dulu ye .. Bantu mak abah ni 
          dulu. Kesian kami dah tua. Nanti dah kawin sape nak jaga kami ..

Kita sebagai anak ni tersentap tak  *sadis giler an . Kita pun pantas membuang hasrat di hati untuk berkahwin awal . 


Mak :  Kalau kawin nanti nak bagi isteri hang makan ape ? Hang pun belajaq PTPTN  
            support. JPA hang tolak . Petronas hang tolak . Mara hang tolak . Hang nak makan 
            apa nanti ?
Anak : Mak.. Kalau sebelum kahwin makan 1 pggan , lepas kahwin 1 jugak la . Mana ada
            lepas kawin bini cek makan 3 pggan . Lain la cek kawin ngan body builder .
Mak :  0_0 speechless

Ahaa . Berani ke kita nak jawab macam tu ? Mesti tak kan . Sebab sebagai anak mesti lah kita nak jaga hati mak ayah kita . Tapi lain pulak dengan kawan-kawan kita yang dah selamat dah kahwin awal . Yelah mungkin halangan dari mak ayah tu tak sehebat kita . Mungkin mak ayah mereka pun kahwin awal masa belajar , jadi mereka paham situasi macam ni . Takpun pasangan anak kita tu dah bekerjaya ( lelaki ) , jadi mmg tak risau lah kalau dia nak take over jaga kita kan . 

Tadaaaa . Ni lah classmate yang preggy ! Comel kan :)

Ehhmmm sambung hihi .Yang penting jangan salahkan mak ayah kita sebab tak kasi kita kawin awal . Mungkin ada hikmahnya kan :) Janganlah sampai kita p kawin lari . Jangan . Kecewa mereka :( . Yang penting , kita berdoa . Takpe , mungkin belum tiba masanya lagi untuk dorang lepaskan kita . Walaupun niat kita baik , tapi mesti ada hikmahnya yang tersembunyi . 

' Hati manusia ni tak Solid . Ia boleh berubah . Mungkin sekarang pintu hati mereka tak terbuka lagi . Biar putus harapan . Tapi jangan putus DOA . In shaa Allah Dia ( Allah ) dengar . '

Kat bawah ni Aja amik kat pokcik Google , tips nak pujuk hati mak ayah kita untuk kahwin awal ni. Kalau tak nampak boleh save as image and zoooom ! :D



Aritu balik , abang jemput . Bawaknya Aja pergi jalan-jalan , dan baik hati nya belanja blouse yang comel . Maceh abg . Tetibe dia cakap ' Dik , tahun depan abg habis belajar abg terus kawin kot ' . Walawehhh T__T . Ottoke . Tiada tempat ku mengadu . Bermanja . Hoiishh mengarut . Syukur-syukur alhamdulillah kalau macam tu perancangannya :') Semoga dipermudahkan . 

Brother & me :)

Haaa , semalam je , attend dua wedding . Wohoaa . Dua-dua wedding anak kawan baba . Dua-dua dekat Bangsar . Yang menjadi peneman setia mestilah Mama dan Aja <-----
Dari kecik sampai besoo mmg Aja jelah kaki mengekor pegi wedding orang . Kakak abang-abang kadang-kadang busy . What - to -do . Eheee . Rasa macam anak tunggal je hihi . Yang bestnya , cuti ni ada 4 wedding kena hadiri ! Tolak dua wedding semalam tggal lah dua lagi . Memang hari-hariku dikelilingi perkahwinan-perkahwinan :D


Eheee . Tetibe teringat lagu 'Marry Your Daughter' by Brian Mcknight . Best . Baiklah , rasanya ni entry paling panjang kot pernah Aja buat . Jadinya , salah silap terkasar bahasa terkurang ilmu , maafkan saya maafkan :') kalau ada yang nak bagi pandangan ke , pendapat ke , boleh je . Sharing is caring ;)
p/s : tetibe rasa dah gemok bila tengok gambar dengan baba =_=' What-to-do .





  Thanks for reading . See u soon :)












3 comments:

  1. salam...saye ade bace crite adik tntg kerja di tgs & partner dlu....bley tak sye tahu berape gaji basic kerja di situ....sye nak mohon but i need to know about gaji dlu....tlg ye..blas aje kat blog adik ni...trime kasih...

    ReplyDelete
  2. wasalam , ohh pasal tu ye . gaji dia ikut qualification kita . kalau akak ada diploma ke sijil ke . basic dia lain . mcm saya ada tgah buat degree, basic dalam 1.2k . tp okay la kak sbb ade komisen based on our works :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete