Tuesday, March 5, 2013

Kuda (•ˆ⌣ˆ•)



Assalamualaikum w.b.t and hye semua :D

Lama dah tak update blog . Dah naik sem baru ni mula lah busy sikit-sikit . Alhamdulillah dah masuk sem 4 dah kat Skudai ni :’) . 2 years more ! Hee. Okay kali ni saja nak update pasal anak-anak angkat Aja . Anak-anak yang lagi besar gedabak dan sangat banyak ragam dan paling penting tak bisa diajak berborak ehehehe =D . Kalau nak tawu , Aja ni suka binatang . Tak semua lah tapi yang kategori berbulu tu selalunya memang i suka hihi . Kalau kucing tu dah common sangat kan .

 Kali ni spesis lain macam sikit . Aja ingat lagi masa study kat UTMKL , bila datang Skudai , tempat yang paling Aja excited nak pergi atau lalu-lalu je adalah kandang kuda ! Bila tengok kuda-kuda kat sana macam omaiii bila lah nak dapat touch touch n go kan dorang ni . Dalam kepala ni dah macam-macam persoalan menerjah . ‘ Depa ni garang ke? Boleh dipegang-pegang ke ? Kalau nampak aku berkenan ke ? ‘ eh hehehe =D

So bila seksyen degree kat UTMKL berpindah ke kampus induk kat Skudai ni ( currently in Skudai already hee ) , memang amik chance je nak pergi Stable tuh . Minggu pertama dah jenguk dah ! So conclusion nya selepas analisis kuda-kuda tuh , resultnya . Saya dah jatuh cinta T_____T . Comel-comel je dorang ni . Ada yang manja , ada yang friendly , ada yang malu-malu kambing ( hee patut tukar malu-malu kuda ngeh ngeh) , yang gatal pong ada =p . Yang pantang nampak tangan pun ada , nak ngap je kijo nye hehe .  So start dari hari itu , memang tiap-tiap hari rasa nak visit dorang je :’) Kalau datang tuh memang harus bawak carrot . Sebab suka tengok cara dorang makan . Ada yang gelojoh , ada yang tak menyabor-nyabor rasa nak lompang je ( memang pernah lempang manja-manja hehehe ) , ada yang gigi tak kuat , kita lah yang kena patah kan untuk dia . Ada yang nampak je benda oren-oren dah terjojol bijik mata nak makan hihi . Banyak ragam sangat dorang ni :’) Tapi hati-hati , banyak jugak pantang larang bila bersama dengan kuda-kuda ni . Sebab kuda kan terkenal dengan sifatnya yang suka menendang manusia mahupun hidupan lain . Itu pun kalau kita buat something wrong kat dorang .


Yang ni namanya Mui Shadow :) Feveret Aja jugak . Sangat lah gedik dan mengadaaaaa -___-


Masuk sem 4 ni , jadual sangat lah pack T.T . Kadang-kadang kelas sampai petang , so nak visit pun tak sempat =( . Rasanya sem ni paling free pun hari Rabu sebab petang takde koko hiiii =D . Apa yang selalu Aja buat bila dengan dorang ? Kadang-kadang Aja tolong mandikan . Grooming , berus-berus ketiak dorang ke , korek kekotoran yang ada kat ladam . And lastly bawak jejalan =) Ohh ye , Aja dah mendaftar dah pun jadi ahli kelab Ekuin UTM ^.^
Kadang-kadang Aja ride jugak , tapi tak larat sebab at the end sakit belakang yang amat sangat . Nak riding kuda bukan macam kita bawak basikal ke apa . Ada cara nya . Dan badan kaki tangan memang bergerak dan memainkan peranan masa riding .

 Aja prefer datang Stable dan manja-manja je hehe =) Kuda kesayangan Aja kat sini ialah Sapphire =D Berusia 20tahun ( muda setahun je hihi ) dan Sapphire ni betina ! Kalau nak tawu , Sapphire ni sangat lah manja manja manja sampai tak boleh dimarahi . Kalau kita jentik je , haaa mula lah buat muka belacan budu dia tuh . Dan Sapphire ni jugak sensitive kulit nya . Kena mandi dengan Dettol atau Lifeboy untuk mengelak jangkitan kuman , dan sapu iodine selepas mandi . Sebab Sapphire ada kurap :’) Tapi takpe , Aja willing to take care of her like my own daughter ecececeh heeee =D  

Aja pun tak tawu lah nak cerita macam mana kan sebab nanti macam syok sendiri pulok hehe . 

Ini semasa grooming Mui dan bersiap sedia untuk ride ! =D Nampak tak ia pong sibok nak masuk jugak dalam gambar hihi ^^

Time ni tengah cakap ' 1, 2 , 3 posee ' Tapi Mui yang mengada nii ia sondol nya badan i haihhh . Ohh ye , Mui ni jantan , tu yang mereng sikit tu =')

Mui selepas di grooming , berkilat tak ? hehe . Nampak tak mata dia macam nak mintak penampor je hihihihi .

Yang ni adalah aksi terakhir kami :') Memang nampak macam tak de keje je kan kami ni tapi ni jelah yang masa yang untuk amik-amik gambar sebab bila mandi , riding , tak de tangan tambahan nak tolong amik gambar kenangan heeee :')


Okay , yang atas ni namanya Arab . Jantan jugak . Spesis yang baik hati tapi kadang-kadang suka menyondol-nyondol kepala -_-
Comel je kan Arab pakai topi Legoland tuh hihi . 

Baiklah , sampai sini je yang boleh Aja kongsi :) Ada masa in shaa Allah banyak lagi pasal kuda yang Aja nak sangat kongsi dengan semua . Yang penting , esok RABU !! =D

Thanks for reading :)






4 comments: